Pada 5hb September 2013 (Khamis), telah diadakan pemeriksaan dan penyelidikan tahap kesihatan guru-guru SMKIS oleh Universiti Malaya. Penyertaan amat menggalakkan disebabkan oleh tahap kesedaran penjagaan kesihatan yang tinggi dikalangan guru. Selain daripada itu, guru-guru yang terlibat juga perlu melengkapkan borang soal-selidik 'Kajian Pengelompokan Faktor Risiko Gaya Hidup Dan Perkaitannya Dengan Tekanan Ke Atas Kesihatan Dan Kesejahteraan Guru-Guru Sekolah Di Malaysia'.