Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah segala puji bagi Allah
kerana dengan izin-Nya dapat saya memberi sepatah dua kata di dalam ruangan
laman portal ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ribuan terima kasih
kepada Jawatankuasa ICT kerana telah berjaya membina portal rasmi ini untuk SMK
Iskandar Shah, Jasin.
Selaras dengan perkembangan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi, pelancaran portal rasmi SMK Iskandar Shah,
Jasin ini dirasakan tepat pada masanya. Ianya juga diharapkan dapat memberi
pendedahan tentang pentingnya menguasai bidang Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dalam Era Globalisasi kepada semua warga sekolah.
Selain pendedahan tersebut,
diharapkan laman portal ini juga dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan dan
pendidikan supaya lebih cekap dan mantap serta memberi kemudahan kepada pihak
luar khususnya kepada ibu bapa pelajar untuk mengikuti perkembangan anak-anak
mereka secara dalam talian.
Sebelum saya mengakhiri kata-kata
ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat dalam pembangunan laman portal rasmi SMK Iskandar Shah,
Jasin ini.
Sekian, terima kasih.
Pn Hjh Khairun Niza binti Hj Abu,
Pengetua,
SMK Iskandar Shah,
Jasin Melaka