Pengumuman

1) Pengguna Portal boleh merujuk Ruangan Buletin serta eTakwim untuk mendapatkan Makluman, Komentar dan sebagainya.

2) Kelas tambahan Tingkatan 3 dan 5 ditangguhkan bermula 16 Mei 2013 sehingga 25 Mei 2013. Harap maklum.

3) Muat Turun Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 (perubahan jadual hari Rabu)

4) Kepada semua guru, sila berada di Pintu Pagar sekolah seawal 7.00-7.20 pagi bagi menyokong program Guru Penyayang. Sila rujuk JADUAL untuk maklumat guru bertugas pada bulan Mei.

Saturday, 11 May 2013

Seminar Integriti Warga Pendidik (SIWP) 2013


Seminar SIWP 2013 telah dijalankan pada 11 Mei 2013 (Sabtu) bertempat di Dewan Besar, SMKIS. Warga pendidik dari 4 buah sekolah telah terlibat iaitu SMK Iskandar Shah, SMK Datuk Bendahara, SMK Simpang Bekoh dan SMKA Tahfiz Al-Quran, Chenderah. Tajuk ceramah ialah Plan Integriti Nasional dan Pembudayaannya dalam Pendidikan yang telah disampaikan oleh Tuan Hj. Jamian bin Hj. Jaffar (Mantan Timb. Pengarah Pelajaran Johor). Turut hadir ialah En. Abdullah bin Abd. Wahid (Ketua Unit Akademik) PPD Jasin.

Friday, 10 May 2013

Kejohanan Bowling SMKIS Sempena Hari Guru 2013


Kejohanan ini telah berlangsung pada 10 Mei 2013 di MIBC, Ayer Keroh. Setiap kumpulan guru telah memberikan persaingan dengan aksi yang penuh bergaya bagi merebut kejuaraan tersebut. Segala cabaran dan rintangan dihadapi dengan ketenangan. Tahniah kepada semua guru dan kumpulan yang memenangi kejuaraan.    

Thursday, 9 May 2013

Program Jelajah Ikon Saintis dan Inovasi


Program anjuran Agensi Nuklear Malaysia ini telah dijalankan pada 9 Mei 2013 (Khamis) bertempat di Dewan Besar dan Bilik Tayang, SMKIS melibatkan semua pelajar tingkatan 4. Ceramah telah disampaikan oleh Dr. Shafii bin Khamis (pengurus) kumpulan Farmasiuetikal dan Dr. Leo Kwee Wah (penyelidik) di Agensi Nuklear Malaysia. Perkongsian ilmu bersama 2 orang ikon saintis ini bertujuan untuk menggalakkan dan meningkatkan minat pelajar di dalam bidang sains.

Tuesday, 7 May 2013

Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2012 dan Aku Janji Pelajar Tingkatan 5


Majlis tersebut telah dijalankan pada 7 Mei 2013 (Selasa) bertempat di Dewan Besar, SMKIS dan telah dirasmikan oleh Pn. Zuraida bte Bongsu, fasilitator LINUS dari PPD, Jasin. Turut hadir ke majlis tersebut ialah wakil dari PIBG beserta ibu bapa pelajar tingkatan 5. Tuan pengetua telah menyampaikan Analisa SPM dan sasaran 2013. Seramai 8 orang penerima Anugerah Kecemerlangan SPM 2012. Pada majlis itu juga, pelajar yang telah memperolehi keputusan 5A dan ke atas di dalam Ujian Pengesanan 1 telah menerima insentif kecemerlangan. Di akhir majlis ialah upacara Ikrar Aku Janji oleh semua pelajar tingkatan 5 serta menandatangani Borang Aku Janji di hadapan ibu bapa pelajar dan guru.