Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025


PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025
Telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 6 September 2013. Majlis pelancaran diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. PPPM merupakan dokumen setebal 300 muka surat menyatakan dengan terperinci lima aspirasi sistem dan enam ciri murid yang akan dicapai dalam tempoh 13 tahun akan datang. Apa yang penting adalah PPPM merupakan manifestasi transformasi kerajaan yang paling menyeluruh dan besar, dalam mendatangkan pulangan terbaik modal insan untuk memacu segala hasrat pembangunan negara. Ia memberi tumpuan kepada keberhasilan murid merangkumi semua peringkat persekolahan iaitu daripada peringkat prasekolah hingga ke peringkat lepasan menengah. Dokumen PPPM ini merupakan pelengkap kepada Laporan awal PPPM dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 September tahun lepas.

Tranformasi pendidikan dilaksana dalam 3 gelombang
Tranformasi pendidikan negara seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 akan dilaksanakan dalam tiga gelombang.Gelombang 1 (2013-2015) memberi penekanan kepada menambah baik sistem dengan mempercepat perubahan kaedah pelaksanaan program.Dalam tempoh pelaksanaan itu, tumpuan diberikan kepada kaedah peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kualiti guru sedia ada, meningkatan kualiti kepimpinan sekolah dan meningkatkan kadar literasi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan numerasi."Menjelang akhir Gelombang 1, kementerian akan memastikan semua guru, pengetua/guru besar dan sekolah mencapai tahap minimum standard kualiti yang dihasratkan," menurut pelan yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.Dalam Gelombang 2 (2016-2020), kementerian akan melaksana perubahan struktur pendidikan negara untuk mempercepat perjalanan perubahan kepada semua inisiatif yang bermula semasa Gelombang 1, antaranya pergerakan kesemua 410,000 guru dan 10,000 pengetua/guru besar kepada pakej kerjaya baru dan penstrukturan semula kementerian.Kurikulum standard sekolah rendah dan menengah yang disemak semula juga akan diperkenal dalam usaha menangani kebimbangan mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk maju sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia hari ini.Gelombang 3 (2012-2025) akan memfokus kepada anjakan ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi, di mana pada permulaan gelombang ini, semua sekolah, guru dan pengetua/guru besar perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum.Kementerian juga akan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada model pengurusan berasaskan sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan inovasi dalam pengajaran, dalam usaha membangunkan sistem pengekalan kemajuan kendiri yang mampu untuk mencetuskan inovasi dan meningkatkan pencapaian yang lebih tinggi.Bagi memastikan objektif PPPM terlaksana, kementerian juga akan melaksanakan beberapa tindakan, termasuk mengekalkan komitmen dan tumpuan dari kepimpinan atasan terhadap pelan ini, serta penubuhan satu unit kecil iaitu Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (Padu) untuk memacu pelaksanaan PPPM.Padu akan mempunyai kuasa eksekutif dan berperanan memantau kemajuan, menyelesaikan isu pelaksanaan dengan pegawai bertanggungjawab dan berkomunikasi dengan pihak berkepentingan tentang transformasi.Kementerian juga akan mewujudkan sistem pengurusan prestasi melalui KPI yang jelas, selain terus melibatkan pegawai kementerian dengan pihak berkepentingan yang lain untuk mendapatkan maklum balas dan input bagi memastikan keseluruhan sistem pendidikan terlibat dalam proses transformasi ini.


PPPM: Keberhasilan murid akan dimaksima
Kementerian Pendidikan komited untuk memaksimum keberhasilan murid bagi setiap Ringgit kerana 16 peratus daripada belanjawan Persekutuan adalah untuk pendidikan dan jumlah itu merupakan yang paling besar dalam kalangan semua kementerian selain tertinggi di dunia.Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan, bagi mencapai matlamat itu kementerian akan mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid dan merasionalkan program berimpak rendah pada setiap tahun, yang mana pemberian dana untuk tahun berikutnya bergantung kepada peningkatan hasil yang ditunjukkan."Selain itu, kementerian akan mengagihkan peruntukan kepada bidang paling penting seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru," menurut laporan itu.Pada masa sama, kementerian akan memastikan keluarga berpendapatan rendah terus menerima bantuan supaya anak-anak mereka terus bersekolah, manakala keluarga berpendapatan tinggi, yang lebih berkemampuan akan menerima bantuan lebih rendah.PPPM itu juga menyebut, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan lebih berkeupayaan membuat keputusan operasi yang utama dalam hal ehwal belanjawan seperti peruntukan penyelenggaraan di sekolah dan urusan kakitangan.Menurut pelan itu, hampir 2,500 pembimbing guru dan pembimbing pengetua/guru besar akan ditempatkan di semua PPD menjelang 2014 untuk memberi lebih banyak sokongan langsung kepada sekolah.Kementerian turut memberi jaminan 150 hingga 200 pegawai di JPN serta PPD yang telah dikenal pasti akan dinaikkan pangkat ke jawatan kepimpinan utama berdasarkan kompetensi dan bukannya tempoh perkhidmatan.PPPM setebal 300 muka surat itu juga menyatakan perubahan fungsi dan struktur baharu Kementerian Pendidikan akan bermula tahun depan, manakala pelaksanaan sepenuhnya akan dimulakan pada 2016 apabila transformasi kementerian berjalan lancar. Selain itu, anjakan daripada pembelajaran berasaskan sekolah kepada pembelajaran berasaskan sistem juga akan dilaksanakan dengan melibatkan ibu bapa, komuniti, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan dalam membantu pembelajaran murid.Menerusi anjakan itu, ibu bapa antara lain akan menandatangani aku janji dengan sekolah yang menetapkan langkah mudah yang boleh diambil termasuk memastikan anak-anak mereka berada di sekolah tepat pada waktunya.PPPM itu turut menyatakan, bilangan Sekolah Amanah akan ditambah kepada 500 menjelang 2025 yang membolehkan penaja swasta bekerjasama dengan kepimpinan sekolah untuk mengurus sesebuah sekolah.Bagi tujuan meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung, kementerian akan menerbitkan laporan tahunan berhubung perkembangan setiap inisiatif yang direncanakan dalam PPPM.Selain itu, KPM juga akan membuat semakan komprehensif pada 2015, 2020 serta 2025 tentang pencapaian utama sepanjang pelaksanaan pelan itu dan semua pihak yang berkepentingan boleh memberikan input melalui proses Dialog Nasional.

Pengumuman

MAKLUMAN : PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN PERSEKOLAHAN 2020

23 DISEMBER 2019 (ISNIN) - Tingkatan 2

24 DISEMBER 2019 (SELASA) - Tingkatan 3

25 DISEMBER 2019 (RABU) - Tingkatan 4

30 DISEMBER 2019 (ISNIN) - Tingkatan 5

31 DISEMBER 2019 (SELASA) - Semua Tingkatan

1 JANUARI 2020 (RABU) - Tingkatan 1

MASA : 8.30 pagi hingga 1.30 petang KECUALI 31 Disember 2019 - 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari sahaja.

MAKLUMAN : PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1 2020

TARIKH : 1 JANUARI 2020 (RABU)

MASA : 8.00 PAGI

TEMPAT : DEWAN ISKANDAR, SMK ISKANDAR SHAH

PAKAIAN : SERAGAM SEKOLAH

ATURCARA :

8.00 pagi - Pendaftaran Tingkatan 1 (Dewan Iskandar)

8.30 pagi - Ucapan Pengetua, YDP PIBG, GPK Pentadbiran, GPK HEM & GPK Kokurikulum (Dewan Iskandar)

10.30 pagi - Bersurai, Mengambil buku teks, Pembelian barang di Koperasi

12.00 tengahari - Pendaftaran asrama (Pelajar perempuan yang terlibat sahaja)