Pada 23 Julai 2013 (Selasa), sekumpulan pegawai dari Sektor Akademik JPN Melaka telah hadir ke SMKIS untuk memantau proses PdP guru-guru. Selain daripada itu, pihak sekolah diminta untuk membentangkan QNet serta analisa PMR, SPM dan STPM. Tuan Pengetua telah menerangkan program-program akademik yang telah dirancang dan dilaksanakan serta Model GROW.