Pada 22 dan 23 Julai 2013 telah dijalankan Kuiz Permata Pintar UKM Pusingan 2 bertempat di Makmal Komputer SMKIS yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Tahniah kepada 3 orang pelajar SMK Iskandar Shah yang telah melayakkan diri di dalam Kuiz Permata Pintar Pusingan 2 ini. Semoga wakil dari SMKIS akan terus berjaya ke peringkat yang seterusnya.