Majlis Pelancaran FrogVLE peringkat sekolah telah diadakan pada 24 April 2014 (Khamis) bertempat di Dewan SMK Iskandar Shah. Ibu bapa telah diberikan penerangan ringkas mengenai penggunaan dan fungsi FrogVLE oleh Muhammad Hafez bin Ahmat Murtza, wakil dari Frog Asia. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Nor Hisham bin Hasan , Penolong Pengarah Kanan Bahagian Teknologi Pendidikan Melaka.