Profil Kepimpinan di JPN dan PPD

Kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengumpul maklumat untuk membangunkan satu pangkalan data bagi kumpulan kepimpinan pada pelbagai peringkat Kementerian di seluruh negara. Tujuan utama inisiatif ini ialah untuk membolehkan Kementerian mengenal pasti tahap keupayaan dan kecekapan pegawai bagi kumpulan kepimpinan. Maklumat yang diperoleh akan digunakan untuk menyediakan profil kepimpinan dan pembangunan kerjaya pegawai di JPN dan PPD pada masa hadapan.
Untuk itu, Kementerian akan menjalankan proses mengenal pasti Profil Kepimpinan di seluruh negara sebagai sebahagian daripada usaha membangunkan kumpulan kepimpinan.
Rujuk lampiran berikut untuk lebih maklumat:
Sila lengkapkan borang secara atas talian pada link berikut
Untuk maklumat mengenai Kumpulan 1 and Kumpulan 2, sila rujuk Surat Siaran dan FAQ.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia
No. Telefon: 03-88847930 / 03-88721417
Emel: azhar.anas@moe.gov.my

Pengumuman

MAKLUMAN : PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN PERSEKOLAHAN 2020

23 DISEMBER 2019 (ISNIN) - Tingkatan 2

24 DISEMBER 2019 (SELASA) - Tingkatan 3

25 DISEMBER 2019 (RABU) - Tingkatan 4

30 DISEMBER 2019 (ISNIN) - Tingkatan 5

31 DISEMBER 2019 (SELASA) - Semua Tingkatan

1 JANUARI 2020 (RABU) - Tingkatan 1

MASA : 8.30 pagi hingga 1.30 petang KECUALI 31 Disember 2019 - 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari sahaja.

MAKLUMAN : PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1 2020

TARIKH : 1 JANUARI 2020 (RABU)

MASA : 8.00 PAGI

TEMPAT : DEWAN ISKANDAR, SMK ISKANDAR SHAH

PAKAIAN : SERAGAM SEKOLAH

ATURCARA :

8.00 pagi - Pendaftaran Tingkatan 1 (Dewan Iskandar)

8.30 pagi - Ucapan Pengetua, YDP PIBG, GPK Pentadbiran, GPK HEM & GPK Kokurikulum (Dewan Iskandar)

10.30 pagi - Bersurai, Mengambil buku teks, Pembelian barang di Koperasi

12.00 tengahari - Pendaftaran asrama (Pelajar perempuan yang terlibat sahaja)