Program Luncheon Talk dan Motivasi Pelajar PMR 2013


Program ini telah dilaksanakan pada 25hb September 2013 (Rabu) jam 10.30 pagi di Dewan Makan ASPURI. Tuan pengetua telah memberikan kata-kata perangsang dan amanat terakhir kepada semua calon PMR 2013 dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari bersama-sama pelajar dan semua guru-guru tingkatan tiga. Pelajar yang cemerlang di dalam Peperiksaan Percubaan PMR 2013 juga telah diberikan sijil penghargaan. Antara wakil PIBG yang hadir ialah En. Mokhtar Md Jadi dan En. Rosle Ahmad. Di akhir program, penceramah En. Roslan Othman iaitu guru Bimbingan dan Kaunseling dari SMK Methodist (ASC) telah memberikan ceramah motivasi kepada pelajar. Pihak sekolah berharap dan mendoakan agar semua calon PMR 2013 akan memperolehi kejayaan yang cemerlang.  

Pengumuman

MAKLUMAN : PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN PERSEKOLAHAN 2020

23 DISEMBER 2019 (ISNIN) - Tingkatan 2

24 DISEMBER 2019 (SELASA) - Tingkatan 3

25 DISEMBER 2019 (RABU) - Tingkatan 4

30 DISEMBER 2019 (ISNIN) - Tingkatan 5

31 DISEMBER 2019 (SELASA) - Semua Tingkatan

1 JANUARI 2020 (RABU) - Tingkatan 1

MASA : 8.30 pagi hingga 1.30 petang KECUALI 31 Disember 2019 - 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari sahaja.

MAKLUMAN : PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1 2020

TARIKH : 1 JANUARI 2020 (RABU)

MASA : 8.00 PAGI

TEMPAT : DEWAN ISKANDAR, SMK ISKANDAR SHAH

PAKAIAN : SERAGAM SEKOLAH

ATURCARA :

8.00 pagi - Pendaftaran Tingkatan 1 (Dewan Iskandar)

8.30 pagi - Ucapan Pengetua, YDP PIBG, GPK Pentadbiran, GPK HEM & GPK Kokurikulum (Dewan Iskandar)

10.30 pagi - Bersurai, Mengambil buku teks, Pembelian barang di Koperasi

12.00 tengahari - Pendaftaran asrama (Pelajar perempuan yang terlibat sahaja)