Gotong royong di Surau ASPURI ini telah dijalankan mulai 21hb September 2013 sebagai persiapan untuk Program Solat Hajat PMR, SPM dan STPM pada 26hb September 2013 (Khamis). Fokus utama ialah untuk memperluaskan ruangan solat bagi keselesaan pelajar dan ibu-bapa. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang telah bekerjasama menyumbang tenaga di dalam gotong royong tersebut.