Taklimat Program Cekap Tenaga Teknologi Hijau Pusingan 2


Taklimat ini telah dijalankan pada 17 Julai 2013 sewaktu perhimpunan kokurikulum. Tahniah kerana SMKIS merupakan antara 10 buah sekolah di peringkat kebangsaan yang telah terpilih untuk program Cekap Tenaga Teknologi Hijau pusingan ke 2. Semua guru dan pelajar telah diberikan penerangan oleh Pn. Nazlin Ruziah berkenaan aktiviti dan program penjimatan tenaga yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah. Justeru itu, kerjasama dan penglibatan semua warga SMKIS amat penting bagi memastikan kejayaan sekolah.  

Pengumuman

MAKLUMAN : PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN PERSEKOLAHAN 2020

23 DISEMBER 2019 (ISNIN) - Tingkatan 2

24 DISEMBER 2019 (SELASA) - Tingkatan 3

25 DISEMBER 2019 (RABU) - Tingkatan 4

30 DISEMBER 2019 (ISNIN) - Tingkatan 5

31 DISEMBER 2019 (SELASA) - Semua Tingkatan

1 JANUARI 2020 (RABU) - Tingkatan 1

MASA : 8.30 pagi hingga 1.30 petang KECUALI 31 Disember 2019 - 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari sahaja.

MAKLUMAN : PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1 2020

TARIKH : 1 JANUARI 2020 (RABU)

MASA : 8.00 PAGI

TEMPAT : DEWAN ISKANDAR, SMK ISKANDAR SHAH

PAKAIAN : SERAGAM SEKOLAH

ATURCARA :

8.00 pagi - Pendaftaran Tingkatan 1 (Dewan Iskandar)

8.30 pagi - Ucapan Pengetua, YDP PIBG, GPK Pentadbiran, GPK HEM & GPK Kokurikulum (Dewan Iskandar)

10.30 pagi - Bersurai, Mengambil buku teks, Pembelian barang di Koperasi

12.00 tengahari - Pendaftaran asrama (Pelajar perempuan yang terlibat sahaja)