Pertandingan Memasak Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Melaka 2013

Pertandingan Memasak Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Melaka 2013 ini adalah anjuran bersama Jabatan Pelajaran Negeri Melaka dan Nestle Products Sdn. Bhd. Pertandingan ini telah diadakan pada 29 Jun 2013 bertempat di Dewan SMK Iskandar Shah, Jasin, Melaka. Seramai 10 pasukan sekolah terlibat iaitu SMK Bukit Baru, SMKA Tun Perak, SMK Sg Rambai, SMK Klebang Besar, SMK Sultan Alauddin (A), SMK Dato' Haji Talib Karim, SMK Air Molek, SMK Iskandar Shah, SMK Hang Kasturi dan SMK Sultan Alauddin (B). Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :

JOHAN : SMK Klebang Besar
NAIB JOHAN : SMK Hang Kasturi
KETIGA : SMK Iskandar Shah



Pengumuman

MAKLUMAN : PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN PERSEKOLAHAN 2020

23 DISEMBER 2019 (ISNIN) - Tingkatan 2

24 DISEMBER 2019 (SELASA) - Tingkatan 3

25 DISEMBER 2019 (RABU) - Tingkatan 4

30 DISEMBER 2019 (ISNIN) - Tingkatan 5

31 DISEMBER 2019 (SELASA) - Semua Tingkatan

1 JANUARI 2020 (RABU) - Tingkatan 1

MASA : 8.30 pagi hingga 1.30 petang KECUALI 31 Disember 2019 - 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari sahaja.

MAKLUMAN : PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1 2020

TARIKH : 1 JANUARI 2020 (RABU)

MASA : 8.00 PAGI

TEMPAT : DEWAN ISKANDAR, SMK ISKANDAR SHAH

PAKAIAN : SERAGAM SEKOLAH

ATURCARA :

8.00 pagi - Pendaftaran Tingkatan 1 (Dewan Iskandar)

8.30 pagi - Ucapan Pengetua, YDP PIBG, GPK Pentadbiran, GPK HEM & GPK Kokurikulum (Dewan Iskandar)

10.30 pagi - Bersurai, Mengambil buku teks, Pembelian barang di Koperasi

12.00 tengahari - Pendaftaran asrama (Pelajar perempuan yang terlibat sahaja)