Minggu Bahasa Melayu 2013 dan Penyampaian Hadiah Karnival Pendidikan


Pada 10 April 2013 (Rabu), telah diadakan majlis Pelancaran Minggu Bahasa Melayu 2013 bertemakan 'Bahasa Cemerlang, Warga Gemilang' yang telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Zolkaply bin Yunus (Pengetua SMKIS). Pelbagai aktiviti telah dirancang antaranya pertandingan pidato, syair, mengarang esei, kuiz dan sebagainya. Pada hari tersebut juga tuan pengetua telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang di Karnival Pendidikan Melaka 2013. Tahniah, diucapkan kepada semua pemenang dan juga Badan Beruniform Kadet Bomba yang telah mengelolakan majlis dengan sempurna. Di akhir penutupan majlis,  pasukan nasyid sekolah telah membuat persembahan.   

Pengumuman

MAKLUMAN : PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN PERSEKOLAHAN 2020

23 DISEMBER 2019 (ISNIN) - Tingkatan 2

24 DISEMBER 2019 (SELASA) - Tingkatan 3

25 DISEMBER 2019 (RABU) - Tingkatan 4

30 DISEMBER 2019 (ISNIN) - Tingkatan 5

31 DISEMBER 2019 (SELASA) - Semua Tingkatan

1 JANUARI 2020 (RABU) - Tingkatan 1

MASA : 8.30 pagi hingga 1.30 petang KECUALI 31 Disember 2019 - 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari sahaja.

MAKLUMAN : PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1 2020

TARIKH : 1 JANUARI 2020 (RABU)

MASA : 8.00 PAGI

TEMPAT : DEWAN ISKANDAR, SMK ISKANDAR SHAH

PAKAIAN : SERAGAM SEKOLAH

ATURCARA :

8.00 pagi - Pendaftaran Tingkatan 1 (Dewan Iskandar)

8.30 pagi - Ucapan Pengetua, YDP PIBG, GPK Pentadbiran, GPK HEM & GPK Kokurikulum (Dewan Iskandar)

10.30 pagi - Bersurai, Mengambil buku teks, Pembelian barang di Koperasi

12.00 tengahari - Pendaftaran asrama (Pelajar perempuan yang terlibat sahaja)