AKU JANJI Tingkatan 3 Tahun 2013


Program Peningkatan Akademik Tingkatan 3 : AKU JANJI telah dijalankan pada 16 April 2013 (Selasa) yang melibatkan semua pelajar tingkatan 3 dan ibu bapa. Ini merupakan salah satu program anjuran bersama pihak sekolah dan PIBG bertujuan untuk membina keyakinan pelajar ke arah mencapai kecemerlangan akademik. Pn. Hjh Normah bte Abdullah (mantan kaunselor) telah memberikan ceramah motivasi kepada pelajar manakala Analisa Pencapaian PMR pula telah disampaikan oleh Tuan Pengetua. Upacara penyampaian hadiah Ujian 1 (PMR) telah disempurnakan oleh Tn Hj. Muslim bin Md Shah (YDP PIBG). Di akhir program, pelajar dan ibu bapa telah menandatangani Borang Aku janji dan seterusnya Ikrar AKU JANJI 8A oleh semua pelajar tingkatan 3.    

Pengumuman

MAKLUMAN : PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN PERSEKOLAHAN 2020

23 DISEMBER 2019 (ISNIN) - Tingkatan 2

24 DISEMBER 2019 (SELASA) - Tingkatan 3

25 DISEMBER 2019 (RABU) - Tingkatan 4

30 DISEMBER 2019 (ISNIN) - Tingkatan 5

31 DISEMBER 2019 (SELASA) - Semua Tingkatan

1 JANUARI 2020 (RABU) - Tingkatan 1

MASA : 8.30 pagi hingga 1.30 petang KECUALI 31 Disember 2019 - 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari sahaja.

MAKLUMAN : PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1 2020

TARIKH : 1 JANUARI 2020 (RABU)

MASA : 8.00 PAGI

TEMPAT : DEWAN ISKANDAR, SMK ISKANDAR SHAH

PAKAIAN : SERAGAM SEKOLAH

ATURCARA :

8.00 pagi - Pendaftaran Tingkatan 1 (Dewan Iskandar)

8.30 pagi - Ucapan Pengetua, YDP PIBG, GPK Pentadbiran, GPK HEM & GPK Kokurikulum (Dewan Iskandar)

10.30 pagi - Bersurai, Mengambil buku teks, Pembelian barang di Koperasi

12.00 tengahari - Pendaftaran asrama (Pelajar perempuan yang terlibat sahaja)