Taklimat PBS Sekolah dan PBS Pusat


Pada 13 Mac 2013 (Rabu) jam 2.30 petang bertempat di Dewan Besar SMKIS telah diadakan taklimat berkenaan PBS peringkat sekolah dan PBS peringkat pusat kepada semua pelajar Tingkatan 1 dan 2 serta guru-guru yang terlibat. Taklimat PBS Peringkat Sekolah telah disampaikan oleh En. Mohd Sukri bin Sharif manakala Taklimat PBS Peringkat Pusat telah disampaikan oleh En. Mohd Zahari bin Rosli. Pihak sekolah berharap kepada semua pelajar agar dapat menyampaikan segala maklumat yang telah diterima kepada ibu-bapa masing-masing.   

Pengumuman

MAKLUMAN : PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN PERSEKOLAHAN 2020

23 DISEMBER 2019 (ISNIN) - Tingkatan 2

24 DISEMBER 2019 (SELASA) - Tingkatan 3

25 DISEMBER 2019 (RABU) - Tingkatan 4

30 DISEMBER 2019 (ISNIN) - Tingkatan 5

31 DISEMBER 2019 (SELASA) - Semua Tingkatan

1 JANUARI 2020 (RABU) - Tingkatan 1

MASA : 8.30 pagi hingga 1.30 petang KECUALI 31 Disember 2019 - 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari sahaja.

MAKLUMAN : PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1 2020

TARIKH : 1 JANUARI 2020 (RABU)

MASA : 8.00 PAGI

TEMPAT : DEWAN ISKANDAR, SMK ISKANDAR SHAH

PAKAIAN : SERAGAM SEKOLAH

ATURCARA :

8.00 pagi - Pendaftaran Tingkatan 1 (Dewan Iskandar)

8.30 pagi - Ucapan Pengetua, YDP PIBG, GPK Pentadbiran, GPK HEM & GPK Kokurikulum (Dewan Iskandar)

10.30 pagi - Bersurai, Mengambil buku teks, Pembelian barang di Koperasi

12.00 tengahari - Pendaftaran asrama (Pelajar perempuan yang terlibat sahaja)