Majlis tersebut telah dijalankan pada 18 Mac 2013 (Isnin) bertempat di Dewan Besar SMKIS. Keputusan STPM pada tahun 2012 telah meningkat iaitu 98.11% berbanding 2011 iaitu 97.83%. Tuan Pengetua juga telah menyampaikan slip keputusan STPM kepada 14 orang calon yang memperolehi gred purata tiga dan ke atas berbanding 9 calon pada tahun 2011. Tahniah, kepada semua calon STPM 2012.