Bantuan Khas Awal Persekolahan Tahun 2013


Pada 25hb Januari 2013 (Jumaat) bertempat di Dewan SMKIS, YB En. Mohd Yazed bin Hj. Khamis (ADUN Kawasan Rim) telah menyampaikan Bantuan Khas Awal Persekolahan kepada semua ibu-bapa pelajar tingkatan 1 hingga 5. Turut serta mengiringi beliau ialah Tuan Hj. Zolkaply bin Yunus (Pengetua SMKIS) dan juga pegawai dari PPD Jasin. Ramai ibu-bapa atau wakil yang telah hadir ke majlis tersebut dan beliau berharap semoga bantuan khas ini dapat membantu meringankan sedikit beban ibu-bapa di awal persekolahan 2013.

Pengumuman

MAKLUMAN : PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN PERSEKOLAHAN 2020

23 DISEMBER 2019 (ISNIN) - Tingkatan 2

24 DISEMBER 2019 (SELASA) - Tingkatan 3

25 DISEMBER 2019 (RABU) - Tingkatan 4

30 DISEMBER 2019 (ISNIN) - Tingkatan 5

31 DISEMBER 2019 (SELASA) - Semua Tingkatan

1 JANUARI 2020 (RABU) - Tingkatan 1

MASA : 8.30 pagi hingga 1.30 petang KECUALI 31 Disember 2019 - 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari sahaja.

MAKLUMAN : PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1 2020

TARIKH : 1 JANUARI 2020 (RABU)

MASA : 8.00 PAGI

TEMPAT : DEWAN ISKANDAR, SMK ISKANDAR SHAH

PAKAIAN : SERAGAM SEKOLAH

ATURCARA :

8.00 pagi - Pendaftaran Tingkatan 1 (Dewan Iskandar)

8.30 pagi - Ucapan Pengetua, YDP PIBG, GPK Pentadbiran, GPK HEM & GPK Kokurikulum (Dewan Iskandar)

10.30 pagi - Bersurai, Mengambil buku teks, Pembelian barang di Koperasi

12.00 tengahari - Pendaftaran asrama (Pelajar perempuan yang terlibat sahaja)