Tahniah, kepada semua warga SMKIS di atas penarafan 5 bintang SSQS bagi tahun 2012. Sehubungan itu, pihak sekolah telah berjaya mengekalkan Kualiti Pembudayaan ICT di sekolah ke tahap 5 bintang selama 3 tahun berturut-turut. Ini menandakan kesedaran dan kepenggunaan ICT dikalangan warga SMKIS berada di tahap yang cemerlang. Justeru itu, pihak sekolah amat berharap agar seluruh warga pendidik dan pelajar mempertingkatkan lagi inovasi ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah seiring dengan globalisasi pendidikan.