Pada 6 Mei 2013 (Isnin) bertempat di Dewan SMKIS, telah diadakan Kempen Derma Darah Sempena Perayaan Hari Guru Negeri Melaka 2013. Kempen ini diadakan setiap tahun di SMKIS dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Daerah Jasin dan melibatkan guru, staf sokongan, ibu bapa serta pelajar Tingkatan 6.