Pada 10 April 2013 (Rabu), telah diadakan majlis Pelancaran Minggu Bahasa Melayu 2013 bertemakan 'Bahasa Cemerlang, Warga Gemilang' yang telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Zolkaply bin Yunus (Pengetua SMKIS). Pelbagai aktiviti telah dirancang antaranya pertandingan pidato, syair, mengarang esei, kuiz dan sebagainya. Pada hari tersebut juga tuan pengetua telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang di Karnival Pendidikan Melaka 2013. Tahniah, diucapkan kepada semua pemenang dan juga Badan Beruniform Kadet Bomba yang telah mengelolakan majlis dengan sempurna. Di akhir penutupan majlis, pasukan nasyid sekolah telah membuat persembahan.