Program ini telah dijalankan pada hari Sabtu, 13 April 2013 bermula jam 8.00 pagi yang melibatkan semua guru dan pelajar. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah menceriakan kelas dengan pokok hiasan di sudut kelas atau luar kelas, mengemaskini sudut 3R dengan bakul sampah dan kotak kitar semula serta hasilan produk kitar semula. Manakala beberapa kumpulan pelajar yang diagihkan mengikut unit beruniform pula telah membersihkan dan mengecat kawasan di persekitaran sekolah. Tahniah dan ucapan terima kasih buat semua warga sekolah yang telah bekerjasama membantu memastikan sekolah sentiasa bersih dan ceria. "Sekolah Kita Tanggungjawab Bersama".