Laman Utama

Kata Aluan Pengetua




Pengetua SMK Iskandar Shah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana dengan izin-Nya dapat saya memberi sepatah dua kata di dalam ruangan laman portal ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa ICT kerana telah berjaya membina portal rasmi ini untuk SMK Iskandar Shah, Jasin.

Selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, pelancaran portal rasmi SMK Iskandar Shah, Jasin  ini dirasakan tepat pada masanya. Ianya juga diharapkan dapat memberi pendedahan tentang pentingnya menguasai bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Era Globalisasi kepada semua warga sekolah.

Selain pendedahan tersebut, diharapkan laman portal ini juga dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan dan pendidikan supaya lebih cekap dan mantap serta memberi kemudahan kepada pihak luar khususnya kepada ibu bapa pelajar untuk mengikuti perkembangan anak-anak mereka secara dalam talian.

Sebelum saya mengakhiri kata-kata ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pembangunan laman portal rasmi SMK Iskandar Shah, Jasin ini.

Sekian, terima kasih.


Pn Hjh Khairun Niza binti Hj Abu,
Pengetua,
SMK Iskandar Shah, 
Jasin Melaka