Laman Utama

TS 25 KOHORT 6


KONSEP PROGRAM TS25


Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui:

a. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan;

b. Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna;

c. Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan;

d. Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi; dan

e. Komitmen komuniti yang padu.

 

Elemen Kemenjadian Murid:

Pendidikan di sekolah melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berkemahiran berfikir, berkemahiran memimpin, berkemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian dan mempunyai identiti nasional sejajar dengan hasrat 6 aspirasi murid dalam PPPM 2013-2025.

 

Elemen Sekolah Berkualiti :

Sekolah berkualiti mempunyai perancangan akademik, kokurikulum, hal ehwal murid dan keceriaan sekolah yang kondusif untuk melahirkan persekitaran kerja yang positif dan disokong oleh kepimpinan berkesan, guru yang berkualiti serta sokongan PIBG dan komuniti.