Perhimpunan kokurikulum pada 24 April 2013 (Rabu) telah dikendalikan oleh Kadet Polis dan En. Zaid bin Taib (GPK HEM) telah menerima tabik hormat mewakili Tuan Pengetua. Majlis pada pagi itu juga telah dijalankan penyampaian hadiah kepada pemenang beberapa pertandingan kokurikulum iaitu Bola Baling (Naib Johan) Kawasan Jasin, Bola sepak (tempat ke-3) Kawasan Jasin, Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen (tempat ke-3) Peringkat Negeri dan Deklamasi Puisi Peringkat Negeri - Sajak (Naib Johan) dan Syair (saguhati). Tahniah kepada semua peserta sekolah yang telah memenangi pertandingan tersebut.