Pada 6 Mac 2013 (Rabu) telah diadakan Perhimpunan Khas Unit Beruniform yang dikendalikan oleh Kadet Remaja Sekolah (KRS). Platon (A) KRS ini seramai 32 orang dan diketuai oleh Nik Hasanah bte Nik Husin. GPK1, Pn. Hamidah bte Jasmani selaku Timbalan Komandan telah menerima tabik hormat mewakili Tuan Pengetua (Komandan). Tahniah, kepada Unit Beruniform KRS dan En. Mohd Fadzil bin Mohd Damin (guru pembimbing) kerana telah berjaya mengendalikan perhimpunan khas tersebut dengan baik.