Pada 20 Februari 2013 (Rabu) jam 2.45 petang telah berlangsung Majlis Pelantikan Pemimpin Muda bagi tahun 2013 bertempat di Dewan Besar SMKIS. Seramai 269 orang pemimpin muda telah dilantik yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengerusi Kelab/Persatuan/Badan Beruniform, Pengerusi Kelab/Persatuan Pra Universiti, Ketua Tingkatan, AJK Biro Asrama Puteri dan Ahli Pembimbing Rakan Sebaya. Ribuan terima kasih kepada En. Hussin bin Chek (Ketua Unit KoKurikulum, JPNM) yang telah sudi merasmikan majlis tersebut. Turut hadir ialah Tn. Hj. Muslim bin Md. Shah (YDP PIBG, SMKIS).