Penyerahan watikah Guru Muda bagi tahun 2013 telah disampaikan oleh tuan pengetua pada 28 Januari 2013 (Isnin) sewaktu perhimpunan rasmi sekolah. Seramai 62 orang pelajar telah dilantik iaitu 24 orang dari tingkatan 5 dan 38 orang dari tingkatan 3. Kesemua Guru Muda ini akan membantu rakan-rakan pelajar yang lain untuk memahami setiap subjek yang telah diajar oleh guru dengan bimbingan dari guru cemerlang (GC).