Majlis tersebut telah dijalankan serentak pada 15 Ogos (Rabu) bertempat di Dewan SMK Iskandar Shah. Tuan Hj. Muslim bin Md. Shah (YDP PIBG) telah melancarkan Majlis Penyerahan Buku 1 Keluarga 1 Buku. Pihak sekolah juga telah menyampaikan sumbangan kepada pelajar miskin dan duit raya kepada semua pelajar sekolah SMKIS.